Travelogue: MISI MEMBUAT PASSPORT DITERUSKAN

Nov 19, 2012

MISI MEMBUAT PASSPORT DITERUSKAN

SALAM

Hari ini aku kerja macam biasa. Aku ingat nak amik AL tapi tak sempat nak mintak. Dah la minggu ni aku pegang kunci office. So aku kena buat juga passport hari ni. Kalau tak nanti makin tak sempat nak buat. So pagi-pagi kul 5am aku dah bangung dan get prepared sgala bagai. Aku siap awal dan pergi office buka pintu dan tinggalkan pesan aku masuk lambat sikit. Tapi aku tak la kira masuk lambat kan. Aku dah masuk tapi aku keluar balik. Aku tak punch lagi masa masuk tu. Takut HR pelik napa aku masuk awal sangat. So, pastu aku trus pi imigresen Pekan Rabu tu. Pukul 7.00am aku dah sampai sana. Aku ingat masih lengang lagi. Rupanya dah ramai jugak yang beratur. Sama panjangnya ngan masa aku pergi dulu. 
YOU'VE TO Q AS USUAL

BORANG DAH SETTLE. NAMPAK TAK. AKU DATANG SEBELUM DIA BUKAK LAGI. TAPI NOMBOR AKU DAH YANG KE -38. 
So, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan seperti yang dijanjikan passport siap dalam masa 1 jam selepas borang ni di proses. Dalam pukul 11.00am aku dah dapat passport aku..yeahhhh...dh boleh merayap luar negara pulak...


wasalam
artsotravelogue

No comments: