Travelogue: CENDAWAN GAGAL

Nov 3, 2012

CENDAWAN GAGAL

SALAM

Wow...topik tak ingat...GAGAL. Ya itulah yang terjadi dengan projek cendawan aku. Aku gagal merancang dengan baik ditambah pula dengan penyakit cendawan yang banyak. Dugaan tuhan, banyak sangat serangga yang masuk dalam rumah cendawan aku ni. Jadinya aku ikut logik akal serangga mesti rimas dengan bau asap, so aku pon mengasapkan la rumah cendawan ni. Apa yang aku buat ialah, aku gunkan kotak telur untuk hasilkan asap. Siapa penah bakar bekas kertas bungkus telur tu. Asap dia banyakkan. So after a few times aku buat tu serangga ni tak berubah-rubah. ada ja yang datang. Hasil cendawan dah jadi macam cacat dan penyudahnya aku buang. Ada pula yang kena serang dengan kulat oren dan kulat hijau.

credit to: http://mycendawan.blogspot.com/2008/10/bongkah-tercemar-dengan-kulat-hijau-dan.html


Dua gambar kat atas tu antara penyakit yang menyerang bongkah cendwan ni. Pada asalnya bongkah ni bewarna putih, tapi bila ada serangan penyakit lain kita akan dapat tengok bongkah akan bertukar wajah. Ada yang kata mungkin sebab aku tak simen lantai pondok cendawan ni dan spora rumput dan lumut kat tanah masuk dalam bogkah dan jadinya macam ni la. 

Penyakit lain cendawan aku ni ialah berulat. Ya. Berulat. Cendawan yang dah siap aku packing dalam packaging yang aku pernah tunjuk sebelum ini. Masa packing ok lagi tapi bila aku tinggalkan beberapa minit cendawan ni dok dalam packaging tu mula la muncul ulat-ulat kecil dari liang-liang cendawan ni. Mungkin ulat-ulat ni kepanasan. Ya tuan-puan, dari luaran memang nampak cantik. Orang puji cendawan aku cantik. Tak cacat, Tak kerepot tapi hakikatnya ada ulat kat dalam. So aku memang tak jual. Buang terus. Since dah berulat tu aku pon dah a little bit down and aku dah mula kurang menjaga pondok cendawan aku dan akhirnya pada bulan Ogos 2011 berakhirlah kisah cendawan yang aku angankan.

Sangat menyedihkan sebab semuanya dah berakhir. Duit yang aku labur burn macam tu ja. Kerja yang sibuk ditambah pula kemalasan aku makin la memudarkan semangat aku nak pulihkan cendawan-cendawan yang rosak ni. 

wasalam
artsoftravelogue

No comments: