Travelogue: MISI MEMBUAT PASSPORT DI KOMPLEKS IMIGRESEN PEKAN RABU

Nov 10, 2012

MISI MEMBUAT PASSPORT DI KOMPLEKS IMIGRESEN PEKAN RABU

SALAM

Hari ini dengan semangat yang waja aku gagahkan diri bangun awal nak ke Kompleks Imigresen Pekan Rabu. Semua persediaan dan buat, gambar passport ada dua dan sesalinan IC. Aku sampai sana pukul 8.00 am. Aku ingat hujung minggu ni tak ada la orang bangun awal. Sampai sana orang beratur dah panjang. Aku pulak blur blur, 1st time la katakan. Tak tau nak ke mana dulu. Nasib baik la pak guard kat situ sangat hospitable, dia tunjukan aku apa yang aku kena buat. Mula-mula kena amik borang, isi borang kasi lengkap dan beratur untuk ambil nombor giliran. Ingat ya, korang beratur untuk ambik nombor dan ada staff imigresen yang akan check dokumen korang lengkap ke tidak sebelum korang dapat nombor giliran.

BORANG YANG KORANG KENA ISI. MINTAK KAT KAUNTER. TAK PAYAH BERATUR. CAKAP JE KAT STAFF IMIGRESEN TU KORANG NAK BORANG.

AKU BERATUR BELAKANG BUDAK NI. KORANG JANGAN  INGAT  BUDAK NI SORANG-SORANG JA. DIA NI MEWAKILI 7 ORANG FAMILY DIA. BAYANGKAN LA PLAK ORANG DEPAN DAN DEPAN DAN DEPAN DIA. MESTI RAMAI KAN.
Lebih kurang 1 jam aku beratur sampai la giliran aku untuk dilayan oleh staff imigresen tu. OMG korang tau tak pa yang terjadi. "Maaf En, sistem JPN hari ini offline. Kami tak boleh proses permohonan passport baru. Kalau nak buat boleh datang hari Isnin nanti. Pukul 7:30 kita dah buka."  Sangat !@##$&$^ la kan. aku dah penat-penat beratur boleh pulak cakap sistem offline. Masa aku nak minta borang tadi tak nak pulak cakap sistem offline. !!@#@#@!eeeeeeeeeeeeeeee geram sangat.. BAD SERVICE.

Sekian..aku geram...then aku trus balik kampung kat Mersing. 

wasalam
artsoftravelogue

No comments: