Travelogue: CENDAWAN MAKIN MAJU

Nov 3, 2012

CENDAWAN MAKIN MAJU

SALAM

Baiklah, ini sambungan kisah Cendawan lagi yang aku post sebelum ini. Cendawan yang aku buat dapat banyak permintaan. Ini semua berkat marketing yang Mak aku buat. Huhu. Dia jual dekat kawan-kawan gosip dia dan ada la sikit aku hantar kedai. Alhamdulillah dengan duit keuntungan tuaian pertama aku besarkan lagi pondok cendawan aku. Bukan aku la yang buat tapi bapak aku yang buatkan.

artsoftravelogue
Bapa aku tengah besarkan pondok cendawan. Gigih dia buatkan sorang-sorang. Bahagian yang dah bertutup tu bahagian pertama yang dibuat. 

artsoftravelogue
Ha...dah besar pun...

artsoftravelogue
Uishhh...x sabar dia nak keluar.

artsoftravelogue
Ni pun sama. Kita tak buka lagi penutup tu tapi dh banyak yang cuba nak keluar.
Masa ni bulan Julai 2011. Aku pun tak berapa nak rancang beli stok lagi. Yang aku tau permintaan banyak dan aku beli stok lagi. Tuaian pertama aku keluar masa musim Ramadhan. Jualan agak memberangsangkan. Sangat menguntungkan buat bisnes cendawan ni. Nak pulak kalau kita pandai tambah nilai produk berasaskan cendawan ni. Baiklah..next entry aku sambung lagi ya. Cukup sekadar ini dahulu.

wasalam
artsoftravelogue

No comments: