Travelogue: KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN

Nov 4, 2012

KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN OSMAN

SALAM

Ya, Aku pergi klinik usahawan ni semalam(3 November 2012) di The Zone Hotel. 

http://www.facebook.com/AlumniDrAzizan?fref=ts
Credit to : http://www.facebook.com/AlumniDrAzizan?fref=ts

Napa dia sebut klinik sebab nak rawat orang-orang macam aku. Hahaha. Bagi aku program macam ni sangat membantu memulihkan semangat aku untuk bangunkan balik bisnes yang pernah aku buat dulu. Gaya penyampaian dia yang bersahaja dan kadang kala pedas sangat menarik aku. Beberapa minit pertama dia cakap je aku dah terasa. Haha. dia cakap orang yang bayar untuk program dia ni bangang. Ya bangang. Hahaha. Kalau kita daftar sorang kita kena bayar RM50 tapi kalau kita daftar untuk 3 orang kita tak perlu bayar apa-apa aka percuma. Sebenarnya kawan aku yang suggest join program ni. Dia ada kawan kerja aku dan pada masa yang sama mengusahakan butik online. Dia daftar sorang jugak sebab katanya dia tak perasan kalau daftar 3 orang percuma. Aku nak masuk bawah dia tapi aku tak ada lagi sorang, kalau tak cukup 3 orang then aku dah x payah bayar. Tapi aku gagal dapatkan orang lain yang nak join. 

So aku tekad nak pergi jugak aku pon daftar sendiri. Tapi hari jumaat sebelum aku pergi tu si kawan aku ni cakap dia dapat lagi sorang. Dah rugi plak duit aku bayar tu. Takpa la. Berapala sangat duit tu kan nak dibanding dengan ilmu yang aku nak dapat.

Waktu masuk perogram ni 8.30am. Aku semangat nak pi ni, kul 5.30am dah bangun. Aku basuh baju sebaldi stok seminggu then kul 7.00 aku keluar rumah. Dekat je rumah aku dengan hotel tu. 15 minit by car.  So aku menyinggah sarapan dulu. Tepat 7.30am aku dah sampai hotel. MasyaAllah. Ramainya orang. Aku tak sangka seramai ini. Since aku datang sorang aku daftar la macam biasa. Kena beratur panjang nak masuk dewan. Tepat pukul 8.00am kitorang dibenarkan masuk dewan. Aku dapat seat 4 dari depan. Betul-betul depan skrin besar belah kiri. Aku kan rabun, jadinya aku duduk ja betul-betul depan skrin. Kebetulan ada satu seat kosong. Aku duduk je, even tak kenal pon dengan orang sebelah. 

Aku ni suka wat penilaian pasal character orang. Benda pertama yang aku tengok ialah punctuality orang tu. Tak kiralah sapa pon. Diorang ni kan speaker aka consultant aka mentor. So since aku dah dapat duduk awal ni aku asik tengok jam je. Pukul berapa nak start ni. Haaa...suatu yang mengejutkan. Tepat 8.30am program ni start. Video kisah-kisah kejayaan peserta program ni ditayangkan. Aku tak la terkesan sangat dengan video ni sebab aku dah tengok kat FB Dr Azizan ni. Tapi still menarik perhatian aku untuk tengok lagi. Best bila dengar kisah kejayaan orang. They start with something then got nothing then gain something back from their failure. Macam aku kan..aku start dengan sedikit modal then aku gain something then aku lost everything..hahaha..after lost should be gain something back rite....huhuhu

Sepanjang program ni aku sebenarnya menahan nak buang air. sebelum sampai lagi aku dah tahan. Tapi since masa daftar je dah ramai orang, aku tahan je niat aku ni sebab bila aku masuk toilet nanti aku kena beratur lagi belakang. Bila masuk dewan pulak aku dah malas nak keluar. Silap-silap seat aku kena rembat. Jadinya aku  tahankan aja sampai program habis pukul 12.30pm. Lama aku menahan. 

Intipati program ni sekali tengok macam sangat simple. TAPI pengisianya sangat mendalam. Hanya kita yang mengubah hidup kita. Kena ubah persepsi berniaga ni. Bukan nak kaya tapi nak bantu orang lain. Macam mana nak bantu orang kalau kita sendiri mengharapkan bantuan orang lain. Sedihkan. Bukan ke tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Aku ada banyak azam. Tapi banyak azam aku hanya sekadar azam dalam ingatan. huhu..

Aku harap aku jadi berani membina semula bisnes MISRUBY MUSHROOM aku. Aku nak bisnes aku berjaya tapi buat permulaan ni aku nak kumpul modal sebanyak mungkin dengan buat bisnes online. Tapi aku tak fikirkan bisnes apa lagi. Aku harap dengan booster yang Dr Azizan ni bagi, aku dapat mencapai impian aku. Aku tak nak bekerja lagi dengan orang. Aku rimas kerja bawah orang. huhu..

wasalam
artsoftravelogue

No comments: