Travelogue: BATAM 3 HARI 2 MALAM

Nov 21, 2012

BATAM 3 HARI 2 MALAM

SALAM

Passport dah buat, apa lagi pegi jalan la kan. Memandangkan ini pertama kali keluar negara sorang-sorang jadinya aku kena rancang perjalanan aku baik-baik. So macam biasala. Sumber maklumat dihujung jari. Semuanya tanya Mr Google la kan. Aku ada ajak housemate aku, tapi semua busy, tak dapat nak ikut. Tak pa la, sorang-sorang pon boley... x da hal la. Sebenarnya masa aku nak pegi ni aku x bagi tahu pon parent aku. Sebabnya mesti diorang tak bagi punya, jadinya malam sebelum aku berangkat baru aku mintak restu. hihihi..  And u know what, memang diorang tak bagi. Tapi aku bagi alasan aku dah book hotel. So aku tetap berkeras nak pegi jugak. So apa preparation aku

1. BACA FORUM/BLOG

Untuk yang jenis backpacker macam aku, korang kena tahu serba sedikit gambaran tempat yang korang nak tuju. Jangan pakai redah ja, nanti kena tipu korang nak mintak tolong kat sapa. Dah le negara orang, korang sorang-sorang plak tu. So aku jenis play safe, aku baca la forum, blog orang-orang yang dah pegi Batam ni. Aku baca review diorang, diorang pegi mana ja kat Batam ni, Do's and Dont's negara orang korang kena tahu. Nak pegi tempat orang kena tahu serba sedikit bahasa dia. Makanan diorang. Transportation macam mana. Shopping dia kat man dan bla bla bla..korang Google je pape yang korang nak. Ha..yang ni mungkin korang tak ambik tau kan. Power supply. Benda ni penting untuk korang tau. Kalau kat Indonesia diorang guna plug 3 pin macam kita kat Malaysia. Tapi kat Thailand diorang guna plug 2 pin. Kalau korang bawak charger 3 pin tu confirm la tak leh masuk kan. Penyudahnya kena beli extension lain.

2. BOOK HOTEL

Nak book hotel aku suka guna Agoda. Tau tak AGODA. kalau tak tau korang google ja Agoda tu. So dari situ korang search hotel mana yang korang nak pegi. Kalau aku target aku nak hotel yang dekat shopping mall. Senang aku nak pegi memana sebab mesti banyak transport, mudah aku nak makan dan pusat tumpuan orang. tak la isolated sangat. Korang click hotel mana yang korang berkenan dan BACA review or comment orang yang pernah stay hotel tersebut. Dari situ korang tahu hotel tu bagus atau tidak. Pictures dont tell you what exactly happen there. Jangan terpedaya dengan gambar. Nampak cantik tapi bila sampai macam hampeh. So korang kena baca review-review bekas pelanggan hotel berkenaan. Then bila dah suka. korang book la seperti yang tertera di web tu. 

3. TUKAR DUIT

Of cos la kena tukar dulu kan. Kalau tukar kat sana korang rugi, Macam aku, terlebih belanja pulak, jadinya tak cukup cash dan aku terpaksa tukar lagi kat sana. Diorang kira RM 10 = RP 3000. Kalau korang tukar kat Malaysia, masa aku tukar tu RM 10 = RP 3016. Walaupun nampak beza dia sikt tapi kalau korang tukar banyak-bayak tak ke jadi besar tu. So untuk trip ke Batam ni aku bawak RP 2500000. Ha...aku ada port tukar duit yang best kat JB ni. Ni pon member aku yang bg tau. Aku tak ingat nama kedai dia tapi dia ni betul-betul depan Plaza Pelangi, dekat dengan pam minyak. Korang nampak Plaza Pelangi then pandang depan dia ada pam minyak. Money changer tu ada kat siti.

4. ASINGKAN PERBELANJAAN

Korang kena asingkan duit-duit yang korang bawak. Lain la korang ni tak kesah pasal duit. Pakai keluar je poket, Aku ni dah la backpackers. So aku kenala belanja ikut bajet, even aku terlebih bajet kat sana.

BUAT LA ANVELOPE MACAM TU. KALAU ADA ANVELOPE CANTIK2 LAGI BAGUS
Korang buat la perkiraan bape banyak duit untuk shopping, makan, tambang feri, teksi dll. 

5. LIST TO BRING

Aku ni pelupa. Jadinya aku kena ada list barang-barang yang wajib aku bawak. 


Antara barang-barang wajib yang aku bawak. Yasin- aku ni susah nak tidur tempat baru, sebab aku rasa macam ada yang kacau, jadinya aku memang akan bawak yasin ni. Qiblat finder- tempat orang kita tak tau macam mana keadaanya. Jadinya sebagai langkah berjaga-jaga. Aku bawak qiblat finder, senang nak cari arah qiblat. Tak nak macam aku pergi Phuket dulu, x da qiblat finder. Hotel pulak tak ada yang Islam, jadinya sembahyang tawakkal tengok arah matahari ja. Ha...jangan lupa cari waktu solat tempat tu. Print or salin. Senang nak sembahyang nanti.

6. BUAT ITENERARY 

Plan mana korang nak pegi. Aku tak da itenerary yang bertulis. Aku wat mind maping dalam otak aku ja. Aku plan mana nak pegi on 1st day aku sampai. Just bayangkan je.,. huhu..

7. IMPORTANT CONTACT

Korang kena simpan nombor-nombor penting untuk dihubungi. Macam nombor kedutaan Malaysia. Nombor balai polis, hospital, dll. Simpan nombor tu dalam hand phone korang dan juga buat salinan dalam note pad korang, kena standby yang bertulis punya. Takut time emergency handphone canggih korang tak leh guna. So masa aku nak pegi ni aku simpan beberapa nombor penting ni termasuk la nombor fon family aku sebab aku tak hafal.

  • Kedutaan Malaysia (6221)5224947
  • Ambulans 118
  • Polis 110
  • Bomba 113
  • Rescue 111/115/151
  • Polis Pelancong 036122411
  • Polda Kepri 112-7763530
So...aku rasa ni je kot planning yang aku buat. Nanti kalau aku ingt lagi apa yang aku buat, aku update k. Penat la taip banyak-banyak.

wasalam
artsoftravelogue



No comments: