Travelogue: Phuket

Dec 10, 2009

Phuket


Salam
Jumpa lagi di blog arts of travelogue. Terus terang aku nyatakan bahawa aku masih lagi samar-samar dengan apa yang sepatutnya aku tulis dalam blog ini. Masa mula-mula aku buat blog ini sekitar penghujung 2008 aku nak blog ini menjadi sumber rujukan korang yang nak melancong coz aku suka berjalan. Tak da la sampai pusing dunia lagi, tapi rajin jugak la pi jalan-jalan. Untuk pengetahuan korang aku suka jalan sorang-sorang tanpa ada sesiapa ikut atau tahu ke mana aku nak pergi, dan kalau aku berjalan aku suka tengok gelagat orang(skodeng). Tak tau la nape, tapi bila tengok gelagat orang tu aku dapat belajar sesuatu pasal karakter manusia ciptaan tuhan dan paling penting aku belajar menghargai hidup yang aku jalani ini. 
Setakat ini destinasi paling jauh aku pi ialah di Phuket, Thailand. 


Itupun sebab follow trip kelas aku. Kalo tidak tentu tak sampai lagi. Apa yang menarik ialah kitorang pi masa low season atau masa pelancong kurang. Very nice island. Kalau nak shopping pun berbaloi kalau pandai negotiate. Ada sekali tu masa kitorang tengah belek-belek souvenir kat satu kedai ni, member aku budak Langkawi cakap barang yang jual sama je macam kat langkawi, trus je tokei kedai tu bising-bising, aku syak dia faham kot pe yang kitorang cakap. Lantakla, yang penting memang sama cuma tukar nama dan ganti dengan perkataan Thai.
Hari pertama kat Thailand kitorang pi ke Patong Beach. 
 
Pantai ni pernah terkena tsunami sautu ketika dulu. Tapi yang menariknya dalam masa beberapa tahun je or mungkin bulan saja pantai ni dah membangun semula seperti sebuah tempat baru. Sungguh hebat penangan industri pelancongan. Kat sini takda aktiviti penting yang kitorang buat just mencuci mata melihat mat and minah salleh tersadai. Antara aktivitinya ialah...


Pada sebelah malamnya aktiviti bebas. Aktiviti malam ni memang best. Aku ngan geng-geng aku pi cari tempat makan. Memang susah nak cari yang halal. Nak pi makan McD pun ragu-ragu. So merayau la satu Bandar tu cari makan, Tanya la orang sana-sini. Ada jumpa kedai makan halal tapi sayangnya dah tutup. So jalan-jalan lagi sampai jumpa satu kedai makan ni, kitorang tanya la tokei kedai ni ada jual makanan halal tak, dia cakap halal, and kitorang tanya la macam-macam nak test samada makanan yang dia masak halal ke tidak. And lastly kitorang belilah coz perut memang dah berkeroncong. Balik je dari makan kat sini and masa kat hotel, member-member lain dah pegi makan kat McD, yang paling best diorang cakap masa interrogate budak kaunter McD tu cakap semuanya halal. Tak tau la diorang tahu halal ke tak. Bebudak ni pon pakai beli je.last-last tengok menu balik terselit satu menu kat hujung menu tu ada tulis pork..dah sah-sah benda tu jadi tak halal. Dah nak buat macam mana dah masuk perut pon. 





Hari kedua kitorang pi ke Phi Phi Island. Pantai kat sini memang menakjubkan. Pulau ni kecik je dan ada satu hotel kat sini. Tapi memang aku tak jumpa satu biji sampah pon kat pantai dia. Memang clean and clear. Kat bibir pantai dia kalau kita hulur ja kaki, ikan-ikan semua kerumun. Dah macam buat fish spa. Kat sini kitorang buat aktiviti snorkeling. Lagi best tapi penat sikit coz lama sangat berendam. Makan kat sini pon best. Dapat rasa keaslian thai tomyam. Yummy.
Hari ketiga kitorang ke Hadyai. Dah dekat dengan Universiti tempat aku belajar. Lagi 45 minit ja. Kat sini kitorang pegi ke pasar borong dia tuk shopping menyopping. Ramai gila orang, naik pening aku. Macam-macam jenis orang aku jumpa. Ada la skit souvenir aku beli buat member-member kat U. yang paling best aku jumpa bizarre food macam ulat goreng, belalang goreng, katak goreng dan macam-macam lagi lah. Masa lalu Nampak dengan jelas binatang tu di lumur dengan tepung and digoreng. Nak muntah rasanya. Yucks. Masa jalan-jalan tu aku jumpa sesuatu yang unik..



 

Itulah pengalaman aku untuk beberapa hari di Pulau Peranginan Phuket. Pengalaman yang menakjubkan. Insya Allah aku nak ke sana lagi satu hari nanti. Nak Join….

The arts of trevelogue

No comments: