Travelogue: Impian S

Dec 12, 2009

Impian S

Salam

Bila bercakap pasal impian aku sering terfikir apa impian aku. Korang ingat tak masa sekolah rendah darjah satu dulu kita ada isi satu kad and then kena tulis apa cita-cita kita. Kena letak tiga pilihan. Kalau tak silap aku lah kan, aku letak kat situ Cikgu, Doktor dengan Askar kot. Hahaha. Lawak sungguh, kerja-kerja yang amat klise(cliché) semua tu tak sangkut pon. Aku berani cakap la kan, mesti tak ada budak-budak sezaman dengan aku yang akan tulis kerja-kerja macam make-up artis ke, pereka baju ke, semua tu la. Tapi zaman sekarang tak tau la kan. Budak-budak pon dah makin advance. Hobi aku ialah berangan. Nak tido berangan dulu, bangun tido pon berangan then time bosan berangan lagi. Aku dengar berangan ni bagus untuk jana neuron kat otak. So, rajin-rajin la berangan. Apa yang aku angankan??. Aku minat nak jadi pelakon. Dulu masa kat sekolah aku suka join aktiviti-aktiviti atas pentas ni. Tayang muka. Pernah rasa zaman glamor skit la kan. Memang best bila dapat perform depan orang ramai. Boleh hilangkan perasaan malu. Tapi kan kalau orang tak kenal aku, aku memang nampak pemalu. Skema. Tapi sebenarnya tak. Skang ni kat U ni pon aku rajin join tengok performance budak-budak seni buat pementasan tari or teater. Aku pernah join bengkel lakonan diorang. Hopefully aku boleh jadi artis lakonan satu hari nanti tapi aku tak nak secara sepenuh masa coz aku tak nampak masa depan jadi artis ni.




Ermmm. Aku sekarang ini masih melalui perjalanan yang agak panjang sebelum menempuh dunia pekerjaan, aku masih ada dalam 10 bulan lagi sebelum dilepaskan ke dunia sebenar yang aku yakin amat menuntut komitmen dan kesabaran. Dulu masa lepas SPM aku isi borang UPU semua aku letak bidang sains sebab aku masa SPM ambil pure science. Minat jugak la bidang sains ni. Tapi malangnya satu pun tak sangkut. Then aku masuk tingkatan 6. Masa tu aku amik bidang fizik.

Masa aku form 6 ni aku dapat tawaran masuk Poli. Masa aku pilih coz kat poli tu first choice aku Kejuruteraan Elektronik Perubatan coz itu satu-satunya course yang ada kaitan dengan sains(masa tu aku pikir pasal perubatan ja). Second choice aku Pengurusan Pelancongan. Yang ini aku pakai letak je, aku tak tau pon nak keje apa dengan course yang aku pilih ni. Saja-saja gatal tangan pilih. Lastly dapat yang kedua tu. Oh My GOD… time ni la aku kena buat pilihan yang paling sukar dalam hidup aku. Dengan semangat budak sains yang aku ada aku tak layan tawaran tu sampai la satu hari ni cikgu fizik form 6 aku ni macam mang’api-api’kan kitorang satu kelas. Dia cakap kalau ada pilihan belajar luar dia suruh jangan amik tingkatan 6 ni. Aku pon terpedaya dan aku terima tawaran poli ni. Walaupun sebenarnya tarikh terima tawaran hampir luput, aku usahakan jugak supaya surat terima tawaran tu diterima. Alhamdulillah aku diterima masuk.

Tiga tahun aku duk Poli kat hulu banat Sabak Bernam. Aku first batch Tourism Management Student. Lepas belajar kat sini walaupun bukan atas dasar minat aku terjatuh hati pulak dengan bidang yang aku ter’pilih’ ni. Lari jauh kan dengan bidang sains. Tapi masih sains jugak la kan even sains social.



Lepastu tiga tahun buat diploma aku sambung tiga tahun lagi amik degree juga dalam bidang pelancongan. Sebenarnya kalau korang nak tahu pelancongan ni bidang yang multidiscipline sebab bila kite keluar macam-macam kerja boleh buat. Benda ni amat mudah. Cuba fikir kalau korang melancong apa yang korang nak. Dari kehendak korang tu orang-orang pelancongan boleh get involve. Aku boleh bekerja dengan event management, transportation sector, food and beverages, lodging, insurance, and many more instead of travel agent only.

Sekarang ini aku masih ada lagi berbaki 10 bulan sebelum degree aku habis. Dan amat malag aku makin samar-samar dengan pilihan masa depan aku. Very unpredictable. Aku sebenarnya hidup berperancangan. Semua yang aku buat aku ada rancang dulu. Masa aku buat keputusan sambung degree matlamat aku nak jadi pensyarah. Unfortunately perancangan yang aku buat makin samar-samar bila permohonan aku untuk dapatkan biasiswa SLTP atau Skim Latihan Tenaga Pengajar tak kesampaian. Kalau aku dapat biasiswa ni, bahagian pengajian politeknik akan taja pengajian master aku then aku akan terus dapat kerja mengajar di politeknik. Tapi sayangnya semua tu tinggal kenangan sahaja.



Then aku follow plan B aku iaitu sambung master kat overseas. Aku dah ada sasaran university yang aku nak pergi. Pernah dengar Sunderland University, UK. Besar impian aku nak masuk sana setahun then balik Malaysia jadi lecturer. Aku usahakan cari info pasal university ini, aku dah mohon prospectus diorang dan aku ada join jadi fans univeriti ni kat facebook. Punyalah semangat. Unfortunately, sekali lagi matlamat ini makin samar-samar bila aku nyatakan hasrat aku ni, family aku kurang berkenan coz aku masih ada adik-adik yang perlu ditanggung. Kalau nak tahu aku anak kedua(yang hidup,abang sulung dah tak da). Bawah aku ada lagi 3 orang adik. And bila aku pikir balik betul jugak. Dah banyak pelaburan family aku untuk aku selama ini. Aku rasa baik aku batalkan hasrat aku tu the aku kena buat plan C.



Apa pulak plan C aku??? Perancangan ni masih lagi dalam proses. Aku sebenarnya tak suka kerja bawah orang dan kerja yang tak da cabaran. Maksud aku, rutin harian sama saja. Pi kerja pagi then balik petang, esoknya pi lagi, buat kerja yang sama hari-hari..oh no.. aku memang akan cepat bosan. So aku terfikir aku nak jadi usahawan. Usahawan apa?? Aku nak berbakti pada tanah pulak. Nak masuk bidang agro. Jadi petani or penternak. Mesti korang terfikir, rugila aku belajar pelancongan 6 tahun(diploma 3 tahun + degree 3 tahun). Tak, aku tak rugi. Pernah dengar Agrotourism atau pelancongan agro. Matlamat aku dalam jangka panjang aku nak bangunkan kawasan pelancongan agro. Buat permulaan aku terfikir nak cari tempat praktikal kat kawasan yang ada kaitan dengan agro ni. Then, aku akan timba ilmu dalam bidang ni dan seterusnya akan munculah satu lagi usahawan tani kat Malaysia ni. After aku surfing kat internet, aku terfikir nak tanam cendawan then bila maju aku nak buat penternakan lembu tenusu. Sekarang ni, Malaysia masih lagi menjadi pengeksport susu lembu. So, masih besar lagi potensi dalam bidang ni. Aku harap aku akan jadi konglomerat yang berjaya satu hari nanti. Bila dah berjaya aku nak pusing satu bumi ni.



Doakan kejayaan aku untuk mencapai Plan C dan doakan supaya jangan ada Plan D.Amin…

The arts of trevelogue

2 comments:

arumo! said...

salam 1 msia,
bro ni ex-dip tourism management poli sultan idris shah a.k.a piss tu ye?
sy dak sem 1 course yg same! minta tunjuk ajar~

fye91@msn.com

Unknown said...

Wasalam...weh sorry...aku dh lama x bukak blog..ni baru nk start balik..yup yup yup...la ni dh abis blaja n tgh keja plak

wokeh