Travelogue: Kuburan

Dec 24, 2009

Kuburan

Salam

Dah lama rasanya aku tak mengisi blog ini. Minggu-minggu yang penuh dengan kisah suka dan duka. Minggu lepas jiran aku meninggal dunia disebabkan penangan cinta hingga sanggup minum racun...Dah genap seminggu dia menemui Tuhan. Moga-moga tuhan mengampunkan dosa-dosanya. aku bukan nak mengaibkan si mati tapi aku ada kisah rentetan perjalanan sebelum dia mati sehinggalah menemui ajal agar boleh dijadikan ingatan buat yang masih hidup ini.



Elok rasanya aku singkatkan nama di jadi N. Masa hidup dia ni, dia kerja sebagai tukang angkat buah sawit bawa ke kilang. Orangnya kurus dan duduk dengan famili. Aku dengar banyak cerita tak elok tentang dia ni, aku pernah dengar dia mencuri buah sawit orang tapi apakan daya tak ada bukti. Orang kampung ada juga tegur tapi disebabkan tiada bukti semuanya sepi. Masa dia minum racun, jiran sebelah rumah dia ada buat majlis kahwin, tapi apakan daya, aku dengar cerita dia kecewa dengan buah hati dan balik rumah terus minum racun. Daripada sumber yang aku dengar buah hati dia ni orangnya cantik, ala-ala anak mami. Tapi sayang syaitan telah menguasai diri hingga sanggup bertindak diluar batasan dan menyusahkan diri sendiri. Dia sempat jugakla duduk di hospital selama seminggu. Keluarga dia ada juga mohon untuk pindahkan ke hospital pakar tapi doktor cakap kalau di hospital pakar pun prosedur dia tetap sama. Masa aku pergi ke hospital melawat dia, memang sedih. Aku masuk sekejap dekat wad dia dan terus keluar kerana takut. Keluarga dia tunggu di hospital seminggu. Doktor cakap, racun yang dia minum dah masuk ke otak melalui salur darah. Tak banyak yang hospital boleh buat melainkan doa dan semangat dia untuk hidup sahaja. Hinggalah pagi 18/12/2009 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mayatnya diuruskan oleh pihak hospital termasuklah sembahyang.

Apa yang menyedihkan, masa mayat dibawa balik ke rumah, sepatutnya ada lagi sekali sembahyang jenazah tetapi pak imam tak nak sembahyangkan melainkan mayat tersebut di bawa ke rumah pak imam. Aku amat terkesan apabila mendengar cerita ini. Sampai macam itu sekali layanan orang dekat si mati bila tahu sahaja punca kematian dia disebabkan bunuh diri.

Apapun aku berdoa semoga tuhan mengampunkan segala dosanya. ALFATIHAH...

Sekian

ARTSOFTRAVELOGUE

No comments: