Travelogue

Nov 3, 2012

CENDAWAN GAGAL

SALAM

Wow...topik tak ingat...GAGAL. Ya itulah yang terjadi dengan projek cendawan aku. Aku gagal merancang dengan baik ditambah pula dengan penyakit cendawan yang banyak. Dugaan tuhan, banyak sangat serangga yang masuk dalam rumah cendawan aku ni. Jadinya aku ikut logik akal serangga mesti rimas dengan bau asap, so aku pon mengasapkan la rumah cendawan ni. Apa yang aku buat ialah, aku gunkan kotak telur untuk hasilkan asap. Siapa penah bakar bekas kertas bungkus telur tu. Asap dia banyakkan. So after a few times aku buat tu serangga ni tak berubah-rubah. ada ja yang datang. Hasil cendawan dah jadi macam cacat dan penyudahnya aku buang. Ada pula yang kena serang dengan kulat oren dan kulat hijau.

credit to: http://mycendawan.blogspot.com/2008/10/bongkah-tercemar-dengan-kulat-hijau-dan.html


Dua gambar kat atas tu antara penyakit yang menyerang bongkah cendwan ni. Pada asalnya bongkah ni bewarna putih, tapi bila ada serangan penyakit lain kita akan dapat tengok bongkah akan bertukar wajah. Ada yang kata mungkin sebab aku tak simen lantai pondok cendawan ni dan spora rumput dan lumut kat tanah masuk dalam bogkah dan jadinya macam ni la. 

Penyakit lain cendawan aku ni ialah berulat. Ya. Berulat. Cendawan yang dah siap aku packing dalam packaging yang aku pernah tunjuk sebelum ini. Masa packing ok lagi tapi bila aku tinggalkan beberapa minit cendawan ni dok dalam packaging tu mula la muncul ulat-ulat kecil dari liang-liang cendawan ni. Mungkin ulat-ulat ni kepanasan. Ya tuan-puan, dari luaran memang nampak cantik. Orang puji cendawan aku cantik. Tak cacat, Tak kerepot tapi hakikatnya ada ulat kat dalam. So aku memang tak jual. Buang terus. Since dah berulat tu aku pon dah a little bit down and aku dah mula kurang menjaga pondok cendawan aku dan akhirnya pada bulan Ogos 2011 berakhirlah kisah cendawan yang aku angankan.

Sangat menyedihkan sebab semuanya dah berakhir. Duit yang aku labur burn macam tu ja. Kerja yang sibuk ditambah pula kemalasan aku makin la memudarkan semangat aku nak pulihkan cendawan-cendawan yang rosak ni. 

wasalam
artsoftravelogue

CENDAWAN MAKIN MAJU

SALAM

Baiklah, ini sambungan kisah Cendawan lagi yang aku post sebelum ini. Cendawan yang aku buat dapat banyak permintaan. Ini semua berkat marketing yang Mak aku buat. Huhu. Dia jual dekat kawan-kawan gosip dia dan ada la sikit aku hantar kedai. Alhamdulillah dengan duit keuntungan tuaian pertama aku besarkan lagi pondok cendawan aku. Bukan aku la yang buat tapi bapak aku yang buatkan.

artsoftravelogue
Bapa aku tengah besarkan pondok cendawan. Gigih dia buatkan sorang-sorang. Bahagian yang dah bertutup tu bahagian pertama yang dibuat. 

artsoftravelogue
Ha...dah besar pun...

artsoftravelogue
Uishhh...x sabar dia nak keluar.

artsoftravelogue
Ni pun sama. Kita tak buka lagi penutup tu tapi dh banyak yang cuba nak keluar.
Masa ni bulan Julai 2011. Aku pun tak berapa nak rancang beli stok lagi. Yang aku tau permintaan banyak dan aku beli stok lagi. Tuaian pertama aku keluar masa musim Ramadhan. Jualan agak memberangsangkan. Sangat menguntungkan buat bisnes cendawan ni. Nak pulak kalau kita pandai tambah nilai produk berasaskan cendawan ni. Baiklah..next entry aku sambung lagi ya. Cukup sekadar ini dahulu.

wasalam
artsoftravelogue

Oct 29, 2012

MENCIPTA MASALAH(CREATING PROBLEM)

SALAM



I got a big problem. I hate it. Oh My God please help me. I have to do it not because i want it but when you've done something 'bad at the back' and there's somebody cover what you've done you got no choice when that person ask for your help later. This is what we called termakan budi. When it getting worse, top management knew that. You've been trapped and you cannot run anymore. You've to face it. You create the problem so you've to solve it.

The problem is people around me scolded me, they point finger to me, seems that I'm the one who done the mistake, always cover the others problem till it getting worse. They do it too but they pretend not doing that. So I'm the one who admit the mistake have to face all this thing. Somebody urge me to stop from doing that mistake. Stop helping that person. For me it is not fair when that person ask for help, I didn't help him/her but to others I'm still doing that. Is that fair. Bullshit if you called it being fair. 

Almost a month I'm not doing that mistake again but since the management knew that, I've been under supervision. This is not fair for me. They do it too but you don't know that. Oh My God, I've done a big mistake, not even a year working I've been trapped in this problem. I'm not sure my luck for next year either they will continue my contract or not. 

Ya Allah, I admit my mistake, please show me the way out. Please...

wasalam
~artsoftravelogue~

Oct 13, 2012

CENDAWAN LAGI

SALAM

Sambungan kisah cendawan aku. Lepas je aku dh buat cendawan dalam gerobok aka almari lama dalam rumah tu aku pon mengorak langkah mencuba buat cendawan skala besar sikit. Jadinya aku dengan modal yang U-Grace(nanti aku citer apa itu U-Grace) salurkan aku pon beli bongkah-bongkah cendawan ni. Masa ni punya la semangat nak beli. Jauh pon x da halangan. naik 2 kereta, aku n bapak aku pi kilang cendawan dekat Kulai. Masa balik ambik bongkah tu banjir la plak jalan yang aku nak lalu tu. Tak pasal-pasal kena pusing jauh. Mencabar sungguh. Ok. Bila dah sampai rumah bapak aku buatkan pondok tuk cendawan ni.


artsoftravelogue
Ni la rumah pertama cendawan aku. Aku balik kerja ja bapak aku dah siapkan. Rajin dia buatkan
artsoftravelogue
Add caption

artsoftravelogue
Ni pandangan belah dalam. dapat maut 2 rak ja.
artsoftravelogue
Bongkah-bongkah yang dah susun dalam rumah cendawan. Yang mutih tu dia punya spora(lupa la nama betul dia) yang dah mula merebak dalam bongkah.

artsoftravelogue

artsoftravelogue
Ha...ni la model cendawan. huhuhu..nampak tak bongkah tu dh putih sepenuhnya. dari gambar diatas sampai la nk putih sepenuhnya ni take time skit.
Ok. So, apa yang aku buat dengan cendawan-cendawan ni. Cuba teka......

Tadaaaaaa......

artsoftravelogue
Kasi packing cantik-cantik and jual kat itu pasar

wasalam
artsoftravelogue

Oct 2, 2012

KISAH CENDAWAN AKU

SALAM


Semalam aku cerita macam mana aku boleh terjebak dengan bisnes cendawan ni. Hari ini aku nak cerita macam mana pulak aku buat cendawan kat rumah. Masa hari terakhir praktikal, boss aku bagi aku amik beberapa bongkah cendawan yang aku buat bawa balik rumah. So aku amik dalam 20 bongkah. 10 bongkah aku bagi kawan aku dan lagi 10 aku bawak balik rumah.


artsoftravelogue
Rumah cendawan pertama. Dalam almari ja..

artsoftravelogue
Tada....

artsoftravelogue
Dah mula mengeluarkan hasil.. sangat teruja bila dah mula keluar hasil.  Alhamdulillah...
artsoftravelogue
Berat tuaian pertama

artsoftravelogue
Ni la hasilnya..
Ada sambungan lagi..Tunggu next entry k..

wasalam
artsofrtavelogue

Oct 1, 2012

CENDAWAN

 SALAM


Masa aku kerja hotel dulu aku ada impian nak jadi bisnesman. Nak di jadikan cerita, masa aku praktikal dulu aku praktikal di Projek Cendawan Tiram Kelabu di Kg Sg Terap, Muar selama 3 bulan. Aku timba seberapa banyak pengalaman yang ada. Sebenarnya setiap hari adalah hari yang membosakna sebab aku kena buat benda yang sama. Tapi disebabkan kaki dah melangkan aku harus terus melangkag. Jadinya, bila dah tak ada kerja nak buat pun aku akan buat apa-apa sahaja kerja asalkan aku tak duduk termenung sahaja.



artsoftravelogue
Campuran habuk kayu, dedak padi, kapur dan air secukup rasa.Masuk je dalam mixer and tada...siap sudah..
artsoftravelogue
Lepas tu, dengan menggunakan scoop aku sumbat la ikut sukahati dalam plastik  PE. Penat woo nak hentak-hentak bagi mampat secukup rasa. Lepas ni proses pengkukusan.

artsoftravelogue
Maaf.Jangan ikut cara aku. Sepatutnya untuk keselamatan aku perlu pakai kasut.  Ini la dandang yang akan kukus bongkah-bongkah cendawan. Wangi tau bau wap bongkah ni...
artsoftravelogue
ha.. Ni la ulat kayu yang slalu dok kat dalam habuk kayu aku tu..aishh.. besar tu..yummy
artsoftravelogue
Burung-burung ni suka sangat kacau aku nak buat kerja. Dah halau tapi asik datang je.
artsoftravelogue
Ha...padan muka kena tangkap. Tapi aku baik hati, aku bagi makan tau. 1 hari je dia kena penjara. Esoknya dah  lepaskan.


artsoftravelogue
Dalam tu biji benih cendawan. Cendawan mana ada benih tau. Yang biji-biji tu hanya rumah tumpangan spora  cendawan.
Panjang lagi proses nak buat ni. Lepas letak biji benih ni kena peram dalam rumah cendawan untuk beberapa minggu sebelum tuaian pertama boleh di buat. Kat atas aku ada cerita aku akan buat apa kerja asalkan aku tak termenungkan. Ha..ni la kerja yang aku buat. Amat mebosankan tapi aku boleh mengadap dalam masa 8 jam kerja. Hebat tak..
FIRST
artsoftravelogue
Potongan kertas terbuang
SECOND
artsoftravelogue
Penutup
 THIRD
artsoftravelogue
Badan
FOURTH
artsoftravelogue
Ok. Dah complete...
Benda alah ni la aku buat. Beribu-ribu dah aku buat..bosan giler kot buat benda ni.

artsoftravelogue
Ni la bongkah-bongkah yang aku buat. Dah siap tersusun di raknya..Kerja ringan tapi bila dah banyak jadi berat dan memenatkan.
Ok la. tu la serba sedikit pengalaman pertama dalam pembuatan cendawan ni. Next entry aku sambung macam mana aku buat sendiri kat rumah pulak.

wasalam
artsoftravelogue

Sep 30, 2012

HISTORY ON 2011

SALAM


Sepanjang 2011 dah banyak yang berlaku. Aku tak sempat nak update aktiviti harian aku. Yang penting aku sudah tidak bekerja lagi dengan hotel yang aku bagi tahu dulu. Tepatnya, aku hanya bekerja selama 1 tahun 2 bulan sahaja. Sekarang sudah ada kerja baru. Baiklah. Mari aku tunjuk gambar-gambar tahun lepas untuk tatapan semua.

Belakang dari kanan: Aku, Ms Nita(FOM), Ady, Hazry, En Zizi(Supervifor FO)
Berdiri depan: Ume, Zaharah & Azy
Berdiri belakang: Bob, Amir, Fieza, Yap
Berdiri depan: Iman, Ain, Azy, Aku
Berdiri belakang: Hazry, Iman, Park Lee, Iman Panjang, Aku, Yap
Duduk: Ume, Ain, Zaharah,Ms Nita, Sue
Ok.. here is some pic of my former colleagues at Felda Residence Tanjung Leman. Ramai yang dah kerja tempat lain termasuk lak aku. Wait...ada lagi 3 orang team FO tertinggal

Aliff
Danny
Azimah

Baik lah. Sehingga kini staff yang masih setia ialah:-

  • 1st- Of cos la Mama kitorang Ms Nita aka FOE
  • 2nd- Park Lee (Otai bellman FRTL- dah banyak kali dapat best employee)
  • 3rd- Zaharah aka epok-epok
  • 4th- Yap (Atlit bola ni)
  • 5th- Ain
  • 6th- Iman
Wokeh..

Orang 1st yang mengeluarkan diri aka resign adalah Danny. Dia ni MIA. Tetiba hilang. Telefon pon tak angkat. Ntah apa masalah pon aku tak tau. Last2 resign. Tapi sekarang sudah boleh dihubungi semula.

Menyusul kemudian ialah Hadrian aka Ady. Dia ni pon satu. Rajin MIA masa keja(sory Ady, tercerita plak). So dia resign and dah kerja kat KL katanya.

Bila Danny resign Yap pon join kitorang as a bellman. Tapi past Ady resign management x mau amik staff lagi. Katanya nak keep yang ada dulu. 

Menyusul selepas itu, Azy pulak resign. Dia dapat keje PTU kat Mahkamah Shah Alam kot. Alhamdulillah. Sekarang dah kawin dan baru je deliver baby gurl. Comel seyhh..

Ok.. menggantikan Azy ni Ms Nita pon hired Sue and Iman panjang. Sue ni ada experience kat Sibu Island Resort. Dua-dua jadi receptionist.

Masa Iman panjang ni jadi reception, timbul la plak cerita yang dia nak sambung study. HR pulak dengar cerita dia. Kesian menyapa dia, dia ditukarkan jadi Bellman. 

Eh...kejap..Aliff pon join kitorang as a bellman. Sebenarnya aku lupa bila Aliff join kitorang

So. bellman pada ketika ini ada Park Lee, Iman and Aliff.

Ok pastu, Hazry dan Iman Panjang pon resign. Diorang sambung study kat UMS dan Uitm. Good luck guys..

Ok..pas'three', Sue pulak resign. Kejap je dia keje. Katanya kena jaga family kat JB.

Lepas tu semua dah kembali so-so. Staff tak cukup. Banyak rombakan, banyak kali aku kena keja sorang(sangat sakit hati), kualiti kerja semakin down. Aku jadi tension. Aku pon plan nak resign jugak. Tapi dalam kalut-kalut tu Ms Nita hired pulak Azimah as per boyfrend dia recommend. Tapi dia memang layak pon jadi job tu. As for your information, di FELDA RESIDENCE TANJUNG LEMAN(FRTL), mereka tak hired orang yang tiada kelulusan, most of them ada sijil dalam bidang diorang and ada yang hold degree macam !@#$$% tu.

Aku sebenarnya memang plan nk cari kerja lain. Tapi aku pon plan nak sambung master. Alhamdulillah aku dapat. So aku pon apply resign pada bulan January 2012 dengan alasan nak sambung master. TAPI, aku tak sambung pon. Tak da budget la. Sedeyh. Macam-macam scholarship aku mintak tapi tak berjaya. So masa antar surat resign tu aku dapat job interview dangan Tourism Malaysia. Alhamdulillah aku dapat. (nnti aku citer part keje ni plak ae)

Ok..past aku resign, En Zizi aka supervisor kitorang pon resign. Dia pindah Terengganu smula. Masa ni Iman bellman dah jadi reception.

Past En Zizi resign, Azizol pon resign.Dia resign sebab dapat kerja tetap dengan Felda jugak. Eh lupa. Dia pon penah keja ngan kitorang as belman. Sorry Jijol...

Azizul berdiri tengah
Ok. Past Azizul ni resign, Azimah pon resign. Dia pulak dapat keje ngan Felda jugak and opis sangat dekat ngan rumah. Untung la dia.

Sebenarnya masa Azimah nak resign ni Ume pon dah ada ura-ura nak resign tapi tetiba Azimah pulak yang resign dulu. Ume resign on 24 Sept 2012. Baru je kan. Dia nak sambung study. Mengejar impian katanya.

Tamat sudah cerita di FRTL. Senior yang aku kenal and masih setia dengan FRTL 

1- Ms Nita (dah jadi exec, wat pe nak pindah.tul x)
2- Iman Mustaqim (ko x resign sebab tunang ko pon ada kat situ kan..)
3- Yap (pekerja yang hebat)
4- Park Lee (family dah dekat)
5- Ain (tunang ko pon keje situ, senang nak pantau,,huhu)
6- Zaharah (laki ko keje dekat situ je, x pa, for career development bagus keja lama-lama. timba pengalaman)

Sesungguhnya aku amat merindui suasana kerja di FRTL. Walaupon terkdang aku terasa tapi itu semua pengalaman yang amat berharga bagi aku. Berhadapan dengan guest yang cerewat itu perkara lumrah. Aku yakin FRTL akan terus maju dan terus menempa nama di persada industri pelancongan Malaysia.

wasalam
artsoftrravelogue